Program Penceritaan Hari Kebangsaan

13 September 2020 | Aktiviti Terkini

Program Penceritaan Hari Kebangsaan diadakan pada 12 September 2020 bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Seramai sepuluh orang peserta iaitu terdiri daripada sembilan orang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan yang menyertai program ini.Peserta masih lagi dihadkan mengikuti syarat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Program Penceritaan Hari Kebangsaan ini bertujuan menguji semangat patriotik peserta terhadap perasaan cinta akan negara dengan mengibas kembali sejarah negara dan pejuang negara sehingga negara mencapai kemerdekaan yang dikecapi sehingga kini.Pertama sekali,semasa program,penganjur program bercerita mengenai sejarah kemerdekaan negara.Setelah itu,setiap seorang daripada peserta juga dikehendaki berdiri dihadapan peserta lain dengan mengibarkan bendera Malaysia disamping menceritakan apa yang diketahui dan dipelajari tentang kemerdekaan.Di samping itu,program ini juga dapat melatih peserta menjadi seorang yang berani dan yakin diri semasa bercakap dihadapan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas